Terms & Conditions Malaysia

TERMA DAN SYARAT

GLOSARI ISTILAH

Dalam Terma dan Syarat ini, melainkan jika dinyatakan sebaliknya dengan jelas:

"Triple" bermaksud Triple Pte Ltd, anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya, wakil, kakitangannya dan mana-mana pihak ketiga yang diberi kuasa oleh Triple untuk bertindak bagi pihaknya.

Triple mengoperasi kedai-kedai "Under Armour" di Singapura dan Malaysia, dan mungkin boleh didapati di negara-negara lain dari semasa ke semasa.

"Armour Club" bermaksud faedah dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Triple kepada ahli dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Triple, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Status Keahlian atau Baucer Penebusan.

"Program" bermaksud program keahlian Armour Club.

"Maklumat Peribadi" bermaksud data anda seperti nama anda, alamat e-mel, alamat bil atau pos, butir-butir kad kredit dan/atau debit, alamat IP dan maklumat perhubungan yang lain, atau jantina anda, tarikh lahir, kegemaran sukan, alamat perhantaran/bil, nombor telefon siang hari, saiz dan data lain.

"Ahli (-ahli)" bermakna semua ahli Armour Club yang telah bersetuju, dengan semua terma dan syarat, dan berdaftar untuk Program ini.

Kedai-kedai “Mono-brand" bermaksud kedai individual yang tidak berada dalam pasaraya/kedai serbaneka.

Kedai- kedai “Shop-in-shop" bermaksud kedai yang berada dalam pasaraya/kedai serbaneka atau kedai rakan kongsi.

Kedai-kedai “outlet” atau kedai-kedai “pop-up sales" merujuk kepada lokasi jualan sementara Under Armour yang menjual barangan pada harga diskaun. Lokasi jualan sebegitu boleh berubah sepertimana ditentukan oleh Triple dari semasa ke semasa.

"Ganjaran" bermakna barangan, perkhidmatan, faedah atau keistimewaan lain sebagaimana Triple akan menentukan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, dan yang Ahli-ahli boleh menebus atau perolehi di bawah Armour Club.

"Baucer Penebusan" merujuk kepada baucar pihak ketiga yang boleh dikeluarkan kepada Ahli-ahli di bawah Program untuk Armour Club.

"Peniaga-peniaga" merujuk kepada mana-mana peniaga yang mengambil bahagian, dan pihak / organisasi luar yang menawar keistimewaan dan faedah kepada Ahli-ahli yang berkaitan dengan Armour Club.

Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas, apa-apa perkataan atau terma rujukan yang ditakrifkan dalam semua dokumentasi Triple and lain lain dokumentasi Triple akan mempunyai makna yang sama apabila digunakan atau dirujukkan di sini; dan perkataan yang merujuk kepada bilangan tunggal hendaklah meliputi bilangan majmuk dan sebaliknya.

PENDAFTARAN KEAHLIAN ARMOUR CLUB

Untuk berlayak sebagai ahli Armour Club, hanya belanjakan jumlah penyertaan yang bernilai dengan SGD150 dalam satu resit untuk pembelian barangan harga biasa di mana-mana kedai Under Armour di Singapura, atau belanjakan jumlah penyertaan yang bernilai dengan MYR400 dalam satu resit untuk pembelian barangan harga biasa di mana-mana kedai Under Armour di Malaysia.

Borang permohonan boleh didapati di semua kedai-kedai Mono-brand Under Armour.

Triple akan mempunyai budi bicara mutlak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan untuk keahlian dalam Armour Club.

Program tersebut kini sah di: Singapura dan Malaysia

Kedai-kedai Mono-brand Under Armour mungkin boleh didapati di negara-negara lain dari semasa ke semasa sebagaimana dan apabila ditawarkan oleh Triple. Ganjaran yang ditawarkan di bawah Armour Club mungkin berbeza- beza dari negara ke negara.

SYARAT-SYARAT AM

Armour Club adalah program keistimewaan, dan bukan sistem kredit atau caj dan perlu disahkan sebelum membuat transaksi. Keahlian dikeluarkan untuk kegunaan Ahli sahaja, dan tidak boleh dipindah milik atau diserah hak dan adalah semata-mata untuk kegunaan peribadi dan manfaat ahli sahaja. Keahlian hanya boleh digunakan berkenaan dengan Ganjaran yang dinyatakan di bawah Armour Club dan selaras dengan Terma dan Syarat di sini, dan tidak sah dengan promosi, kad atau diskaun lain.

Sebahagian daripada maklumat peribadi Ahli mungkin akan didedahkan kepada Triple Pte. Ltd, UA Sports (S.E.A.) Pte. Ltd, UA Sports Malaysia Sdn Bhd, dan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat yang bergabung dalam program untuk keahlian dan perkhidmatan pelanggan. Data yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan pemasaran langsung oleh Triple Pte. Ltd sahaja dan hanya jika ahli-ahli telah memberi persetujuan sebelumnya kepada UA Sports (SEA) Pte. Ltd atau UA Sports Malaysia Sdn Bhd untuk menerima bahan-bahan pemasaran sebegitu. Ahli-ahli yang telah memberi persetujuan boleh kemudiannya meminta Triple Pte. Ltd untuk membataskan penggunana maklumat peribadi mereka untuk pemasaran sebegitu dengan mengemukakan permintaan secara bertulis dalam e-mel kepada customercare@triple-retail.com.

Program Armour Club kini dilaksanakan oleh Triple adalah sah kecuali dahulunya telah diubah atau ditamatkan oleh Triple mengikut Terma dan Syarat ini.

Tanpa menjejaskan mana-mana hak atau remedi Triple, Triple boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, dan tanpa memberi apa-apa sebab atau notis, menamatkan Program ini atau menarik balik, membatalkan atau mentaksahkan sebarang Keahlian, Baucer Penebusan, dan / atau mana-mana Ganjaran dikeluarkan.

Triple berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menukar Ganjaran dan garis panduan Armour Club pada bila-bila masa tanpa perlu bertanggungjawab untuk ganti rugi and kerosakan.

Sekiranya berlaku penyalahgunaan atau penipuan berkenaan dengan keahlian, Baucer Penebusan, atau sekiranya ahli yang melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini, Triple mempunyai hak untuk menarikbalik dan membatalkan status keahlian sebarang Ahli dan menarik balik semua manfaat dan keistimewaan dari ahli(-ahli) itu tanpa bertanggungjawab untuk ganti rugi kepada ahli tersebut.

Triple tidak akan bertanggungjawab jika ia tidak dapat melaksanakan atau gagal melaksanakan obligasinya di bawah Terma dan Syarat ini, di mana kelewatan atau kegagalan itu disebabkan oleh bahaya alam dan/atau bencana semula jadi, kekacauan buruh, rusuhan, kekecohan awam, sekat-masuk, kebakaran, banjir, gempa bumi, taufan, peperangan, tindakan musuh asing atau bahaya laut atau bahaya lain dan apa-apa sebab atau keadaan di luar kawalan Triple.

Sekiranya berlaku pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan urus niaga yang dilakukan dengan sebarang Ahli(-ahli) di bawah Armour Club, rekod transaksi Triple berkaitan dengan Program ini hendaklah dianggap sebagai muktamad dan terikat atas Ahli. Keputusan Triple ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Program ini adalah muktamad dan terikat atas Ahli-ahli dan tiada surat-menyurat akan dilayan.

Keistimewaan keahlian tidak akan sah and laku apabila keahlian Ahli tamat dalam Armour Club.

PEMBAHARUAN

Status keahlian Armour Club bagi mana-mana Ahli akan sah selama setahun daripada pendaftaran kecuali ia telah ditarik balik, dibatalkan atau ditamatkan lebih awal. Status keahlian boleh diperbaharui untuk setahun lagi jika perbelanjaan Ahli di kedai Armour Club di Singapura atau Malaysia dalam tempoh 12 bulan seterus sebelumnya pembaharuan itu melebihi amaun kelayakan bernilai dengan SGD500 atau MYR1,500. Pemberitahuan emel/sms automatik akan dihantar 4 minggu sebelum status keahliian tamat untuk menggalakkan Ahli-ahli mengekalkan status keahlian dan/atau mengaktifkan semula ahli-ahli yang tidak aktif.

GANJARAN KEAHLIAN

Ahli-ahli layak untuk menerima diskaun 10% ke atas barangan berharga biasa di mana-mana kedai-kedai Mono-brand Under Armour. Diskaun keahlian Armour Club hanya boleh digunakan di kedai-kedai “Mono-brand” Under Armour. Keahlian diskaun tidak sah digunakan dalam tempoh masa jualan khas, sempena dengan mana-mana promosi lain di dalam kedai, atau bersama dengan penggunaan baucar promosi atau bank (kecuali dinyatakan sebaliknya), atau di kedai-kedai “Shop-in-shop”, atau mana-mana kedai-kedai “outlet” atau kedai “pop-up sales” atau ke atas mana-mana produk konsainan atau produk terpilih. Walau bagaimanapun, transaksi jualan dalam kedai-kedai “Shop-in-shop” di Singapura sahaja atau untuk barangan promosi masih akan didaftarkan di bawah nombor keahlian Ahli untuk merekodkan transaksi Ahli tersebut di bawah profil Ahli.

Baucer-baucer Penebusan

Triple mungkin menawarkan dari semasa ke semasa, penebusan Ganjaran yang ditawarkan oleh Peniaga-peniaga pihak ketiga dalam bentuk Baucer Penebusan (contohnya kelas yoga/gim/MMA/tenis/golf, tiket percuma acara sukan, dan lain-lain). Baucer Penebusan hendaklah dikeluarkan dalam nama dan nombor pelanggan Ahli (seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan), dan penebusan adalah terhad kepada Ahli.

Untuk menebus Ganjaran, Ahli hendaklah mengemukakan Voucher Penebusan yang sah sebagai bukti kelayakan kepada Peniaga-peniaga berkenaan. Dalam semua kes di mana Baucer Penebusan digunakan dalam pertukaran untuk ganjaran yang diberi oleh Peniaga(-peniaga), Ahli tersebut hendaklah mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Peniaga(-peniaga). Ganjaran yang telah ditebus, tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai, ganjaran lain atau untuk barangan yang lain. Semua Ganjaran tertakluk kepada ketersediaan. Semua Ganjaran mesti diberi dan ditebus di negara di mana keahlian itu dikeluarkan. Ahli-ahli mesti bersetuju untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal penerimaan sesuatu Ganjaran sebelum menerima Ganjaran tersebut.

Penebusan dan penggunaan Baucar Penebusan adalah tertakluk kepada ketersediaan keistimewaan dan manfaat yang dinyatakan di bawah Baucer Penebusan. Jika Peniaga, untuk sebab-sebab tertentu, tidak dapat memberi keistimewaan atau faedah yang dinyatakan dalam Baucer Penebusan atau di bawah Skim Istimewa itu, Peniaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya, memberi keistimewaan dan manfaat alternatif yang serupa dalam kualiti dan harga atau menarik balik keistimewaan dan manfaat tersebut. Triple boleh juga, mengikut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, mengubah Ganjaran yang dipaparkan atau mengganti sebarang ganjaran yang sama nilai, dan menarik balik atau mengubah keistimewaan dan faedah di bawah Program Armour Club.

POLISI PRIVASI

Triple mengumpul maklumat peribadi seperti nama, jantina, alamat e-mel, maklumat perhubungan kenalan, dan keutamaan apabila anda:

1. Memohon untuk menjadi Ahli Armour Club;

2. Melawati halaman web di Laman Web yang boleh diakses tanpa memerlukan pendaftaran;

3. Melanggani senarai mel kami untuk langganan e-mel atau promosi pos;

Triple juga secara automatik menerima dan merekod maklumat daripada pelayar web anda pada log server kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, alamat protokol Internet, maklumat cookie anda dan halaman web. Sekiranya anda ingin memadam mana-mana cookie yang ada pada komputer anda, sila rujuk kepada kawasan bantuan dan sokongan dalam pelayar Internet anda mengenai arahan mencari fail atau direktori yang menyimpan cookie.

Triple menggunakan Maklumat Peribadi:

1. Bagi memudahkan akses anda ke Laman Web atau menyediakan kemudahan membeli-belah yang lebih baik;

2. Untuk mendaftar anda sebagai Ahli Armour Club;

3. Untuk menghantar komunikasi mengenai apa-apa promosi yang sedang berlangsung atau berita Under Armour;

4. Untuk memenuhi permintaan anda dan memudahkan kerja-kerja masa depan di kedai atau di Laman Web; dan

5. Untuk menilai keutamaan anda dan mengemas kini profil anda, agar Triple boleh dapat melayani anda dengan lebih baik.

Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan di atas kepada anda, Triple mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat gabungan kami di seluruh dunia atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk melaksanakan fungsi-fungsi seperti pemasaran, pembayaran, pemenuhan dan penghantaran pesanan. Pembekal-pembekal perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan dan hanya boleh menggunakan Maklumat Peribadi untuk melaksanakan fungsi yang diperlu dan bukan untuk tujuan lain. Triple memerlukan pembekal perkhidmatan pihak ketiga sebegitu untuk melaksana dan mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti information peribadi anda. Di mana terdapat obligasi undang-undang untuk berbuat demikian, Triple juga boleh mendedahkan Maklumat Peribadi tersebut kepada mana-mana badan kawal selia yang berkaitan atau menurut perintah mahkamah.

Maklumat Peribadi anda tidak akan dijual, dipindahkan atau sebaliknya disampaikan kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan atau pihak ketiga yang bukan penyedia perkhidmatan tanpa kelulusan anda pada masa pengumpulan. Pada ketika pengumpulan, anda akan mempunyai peluang untuk memilih sama ada anda ingin untuk menerima atau tidak minat kepada maklumat promosi dan/atau pemasaran dari Triple dan syarikat-syarikat berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutunya. Anda juga boleh memilih untuk berhenti melanggan ke senarai mel kami pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada jabatan CRM di customercare@triple-retail.com atau secara bertulis kepada kami. Permintaan anda untuk kami berhenti berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan pemasaran hanya akan berkuat kuasa secepat yang dapat dilaksanakan dari tarikh kami menerima permohonan anda. Begitu juga, jika Ahli ingin bertanya tentang atau meminda apa-apa Maklumat Peribadi yang dipegang oleh kami berhubung dengan Ahli tersebut, Ahli tersebut dinasihatkan untuk menghubungi kami melalui e-mel kepada customercare@triple-retail.com atau menulis kepada Triple Pte. Ltd (up: PerKhidmatan Pelanggan).

Maklumat Peribadi anda akan disimpan untuk beberapa lama yang perlu untuk memenuhi tujuan dikumpulkan atau mengikut undang-undang yang berkenaan. Sekiranya anda memilih untuk berhenti melanggan daripada senarai mel kami atau Keahlian Armour Club anda luput, sila ambil perhatian bahawa Maklumat Peribadi anda akan masih disimpan di pangkalan data kami, walaupun kami akan berhenti untuk menghantar anda apa-apa komunikasi lanjut.

Triple telah ditetapkan Pegawai Data Peribadi / Pengawal Maklumat Peribadinya sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi pengumpulan dan perlindungan Maklumat Peribadi anda di bawah undang-undang untuk privasi atau perlindungan data yang berkenaan di negara anda. Anda boleh menghubungi Pegawai Data Peribadi / Pengawal Maklumat Peribadi kami di alamat, nombor telefon atau e-mel berikut:

Pegawai Data Peribadi / Pengawal Maklumat Peribadi

Triple Pte. Ltd.

10 Eunos Road 8, #11-03

Singapura 408600

Tel: +65 6225 2881

E-mel: customercare@triple-retail.com

UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN

Terma dan Syarat ini akan dikawal oleh, dan hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Mana-mana dan semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini seperti , Program, Ganjaran, atau Armour Club hendaklah dikemukakan kepada dan diselesaikan bersama dan Pelanggan bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Di mana Terma dan Syarat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain untuk rujukan anda, sila ambil perhatian bahawa sekiranya berlaku apa-apa percanggahan dan tidak konsistet, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat akan menjadi sah and berkuat kuasa.